Thursday, July 16, 2009

Sepanjang sukan.

Sepanjang Sukan JKM wah 4 hari yang memenatkan untuk saya. terkejar sana sini kerana game yang berlangsung pada hari yang sama. pada 2/7/09 waktu pagi berada di dewan bola tampar sampai jam 6.30 petang. selepas bola tampar saya dan beberapa rakan yang lain terpaksa berkejar ke Suria Futsal untuk perlawanan futsal.. juz imagine penatnya.. kaki pun kejang sebab baru lepas perlawanan bola tampar yang melayakkan kami ke semi final. esoknya pulak seawal 7.30 pagi berada di dewan sebaguna likas tuk pelawanan carrom dan seterusnya perasmian sukan JKM pada jam 3 ptg. selepas itu terus ke gelangang futsal di mana kami menjadi juara futsal. yeahhhh. walaupun penat yang tidak terhingga saya meneruskan perjuangan dalam acara olahraga pada 4/07/09 walaupun sakit kaki tapi kuteruskan juga. memang tak dapat pingat pun dalam acara olahraga hahaha.. sebab kami semua tak pernah ada latihan kat track hehe. pada 5/7/09 merupakan hari terakhir sukan JKM. Penat tak payah nak cakap la hahah..

Thanks to my fiance yang sentiasa berada di samping saya semasa sukan tersebut berlangsung.

Gambar-gambar sukan JKM 2009



Ini adalah antara atlit-atlit JSPANS. Semua gambar ni diambil pada hari kedua acara olahraga.. dah habis acara tuk saya.. heheh Macam-macam ragam kan.. :D

Wednesday, July 15, 2009

Sukan JKM 2009

hai all.. dah lama tak post apa2 kat blog ni.. hehehe

Team Futsal Wanita JPAN/SPAN yang menjadi Juara Sukan JKM 2009..
Para pemain:-
Dewi, Jaunah, Roswati, Grace, Rainy, Samaliah, Cornelia, Dinah, Norhayati, & Lily

Team Bola Tampar Lelaki
Team Bola Tampar Perempuan
Pertandingan futsal telah dimenangi oleh team kami yang telah mengalahkan team DBKK dengan jaringan 3-1 pada malam final futsal wanita dan malam final tu sangat hangat kerana peminat hahaha..
Team Bola Tampar lelaki dan perempuan tidak mendapat pingat pada sukan kali ini.. Team lelaki tidak mara ke pusingan semi final kerana team2 lain sangat hebat bukan bermakna team lelaki kami tidak hebat tetapi team lelaki kekurangan pemain yang ada waktu itu hanya cukup 6 orang yang lain ada tugas pejabat yang tidak dapat dielakkan. tetapi team perempuan mara ke pusingan semi final tetapi hanya mendapat tempat ke 4 setelah kalah dengan team DBKK.

kami akan cuba lagi tahun 2011 hahaha...